Sahabat BBN

Bertuah punye budak!!!!

Posted by kawie2020 | Posted in | Posted on 8:24 PM



Hari ini kelas Bahasa Melayu akan diajar oleh cikgu Miss Independent yang cantik dan manis. Sememangnya kelas cikgu Miss Independent dinanti-nantikan oleh pelajar kelas 4 Amanah...

Semalam Cikgu Miss Independent telah memberi kerja rumah kepada pelajar2 tentang membuat karangan tentang perkara luar biasa yg berlaku pada keluarga pelajar2 diminggu lepas...

Photobucket

Sememangnya pelajar sudah bersedia dengan kerja rumah itu dan tak sabar2 menanti kelas cikgu Miss Independent, kerana kebiasaannya cikgu Miss Independent akan memberi hadia pensil yang cantik kepada pelajar2 yg membaca karangan mereka di depan kelas...

Setelah memberi salam kepada cikgu Ms Independent, pelajar-pelajar duduk dibangku masing2 dan menanti arahan cikgu seterusnya...

"Baiklah kelas, hari ini cikgu nak panggil sapa yg sukarela nak membaca karangan kamu tentang kerja rumah yang cikgu berikan itu... ada sesiapa tak?"

Ramai pelajar mengangkat tangan dan DakWan berjaya menarik perhatian Cikgu Miss Independent....

"Ok dakwan.. mari kedepan dan baca karangan kamu tu yer"

Dakwan tersenyum sambil berkata "yes..yes.." telatah Dakwan itu diikuti gelak tawa satu kelasnya...

Photobucket

Dakwan memulakan membaca karangannya...

"Pada minggu lepas, perkara luar biasa telah terjadi kepada ayah saya. Ayah saya telah terjatuh ke dalam telaga dibelakang rumah saya..."

Sebelum Dakwan meneruskan, Cikgu Miss Independent menyampuk...

"Masyaallah... adakah ayah kamu ok?"

lalu dijawab oleh Dakwan dengan seriusnya...

"Ayah mesti ok nyer cikgu"

"Alhamdullilah... kenapa kamu cakap 'mesti' Dakwan? soal cikgu Miss Independent lagi...

Photobucket

"errr... Ayah dah berhenti menjerit 'MINTA TOLONG' sejak semalam... kalau tak hari2 ayah akan jerit minta tolong dari telaga tu.. ni kira ok dah kot cikgu" jawab Dakwan dengan selamba....

Cikgu Miss Independent !@#$%^&**&^%$#@! sambil mengeleng-gelengkan kepalanya...
blog comments powered by Disqus