Sahabat BBN

walaupun hebat, copycat tetap copycat !!!

Posted by Anonymous | Posted in | Posted on 11:23 AM


Sebelum membaca keseluruhan entri ini, sila baca entri Avatar Ciplak Pochahontas daripada Ms. Independent (Klik Sini).

Ok! Sememangnya diakui cerita Avatar menarik hasil olahan James Cameroon.

Masalahnya, Jika benar cerita Avatar ini adalah ciplak kepada cerita Pochahontas, maknanya James Cameroon adalah bertanggungjawab untuk menyatakan lebih awal sumber ceritanya yang biasanya orang katakan memberi kredit kepada penulis asal.

Bayangkan James Cameroon adalah seorang blogger dan dia mengambil hasil karya kamu untuk dijadikan entrinya. Diolahnya menjadi lebih menarik daripada entri asal tetapi dia tidak memberi kredit kepada kamu. Kemudian pujian hanya diberikan kepadanya dan bukan kamu. Apakah perasaan kamu ketika itu?

Dalam hal ini, kerugian penulis asal bukan sahaja dari segi pujian tetapi wang ringgit yang mungkin melibatkan berjuta-juta dolar.

Jadi patutkah James Cameroon mendapat pujian atau sebaliknya? Bincangkan!

p/s: Aku tidak katakan cerita Avatar tidak menarik dan aku bukan kondem mana-mana blogger yang mengatakan 'tak mengapalah copycat, tapi Avatar Best' tetapi aku cuma mahu kita merasai perasaan penulis asal yang hasilnya telah dicopycat tetapi tidak mendapat apa-apa atas usahanya. Semoga kita menjadi seorang yang jujur dalam berkarya.
blog comments powered by Disqus