Sahabat BBN

kisah mungkin benar: blind date dengan african

Posted by Anonymous | Posted in | Posted on 7:59 PM

p/s: Ini bukan entri aku tetapi blogger lain. Aku suka cerita ini jadi aku kongsikan bersama kamu. Jangan risau kerana aku tetap akan memberi kredit kepada penulis asal. Jika aku terjumpa lagi entri-entri menarik pasti aku kongsikan bersama kamu. Tujuannya; i) untuk berkongsi, ii) untuk mempromosikan satu blog yang kurang pengunjung tetapi memiliki kisah menarik dan, iii) memberi peluang kepada kamu untuk mengenali blogger yang mungkin kamu belum pernah ketahui.


p/s2: Jika kamu ada terjumpa entri-entri menarik dengan pengunjung blog berkenaan masih rendah, silalah tolong mereka untuk mempromosikannya di sini. Kamu boleh email link entri berkenaan ke fattchinchoy@gmail.com dan aku akan gunakan Bangkai Bloggers Network ini untuk mempromosikan entri menarik mereka dan memastikan pembaca yang berminat pergi ke sana untuk membaca keseluruhan entri berkenaan.

Watak Utama: Budak Comot

2007 :

Budak comot ni perempuan. Dia berani sangat. Kadang-kadang tak bertempat.

Budak comot ni nak pergi KL. Umur dia dah 20 tahun masa tu. Dia gerak dari Johor dengan lagi 2 orang kawan.

Sampai je Puduraya, budak comot tengok Puduraya sepi. Sunyi. 3 pagi. Kawan budak comot, Fifi telefon kawan dia, Ismail. Ismail ni pemain bola sepak. Untuk negeri mana, budak comot pun tak pernah tau. Dia bukannya peminat sukan. Ismail ni African. Fifi senyum-senyum pada budak comot lepas cakap telefon. "Lagi 10 minit dia sampai." Budak comot pon excited. Sangat!

Oh, budak comot bukan excited sebab dapat datang KL. Dia selalu ulang alik KL dari Johor sebelum ni. So, budak comot excited sebab nak jumpa pemain bola sepak African? Pergh! Gila sangat budak comot tu. Hahaha Budak comot excited sebab Ismail tu nak belanja tido hotel. Tak payah lah budak comot keluarkan duit. Budak comot langsung tak rasa takut sebab dia fikir dia akan tido dengan Fifi, bukan dengan Ismail ataupun 'orang lain'. Naif sungguh.

Lagi sorang kawan budak comot, Mimi dah selamat dengan boyfriend dia, Samad. Samad bawak kawan, Ciko. Ciko ni pernah suka budak comot, tapi budak comot tak layan sebab Ciko tu playboy. "Bukan boleh percaya." bisik budak comot. Bila Ismail sampai, Fifi dan budak comot terkejut. Ismail bawak kawan dia.

BesaaaaaAAAAAAARr.
Tinggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Hitammmmmmmmm.
(Dia African, lagi sekali, African : Sila bayangkan)

Whoah! Budak comot serta merta jadi takut, tapi dia beranikan diri jugak naik kereta Ismail. Hotel free punya fasal. Haruslah~ ^.^

Dalam kereta, kawan Ismail ni yang banyak cakap. Fifi dan Ismail pun diam sahaja. Jadi, budak comot lah layankan kawan Ismail, yang budak comot panggil Hitam. Budak comot dan Fifi tak tahu sangat jalan di KL. Dah lebih kurang 10 minit perjalanan, budak comot beranikan diri tanya hotel mana yang mereka nak bawak ni? Dengan selamba, Hitam jawab sebenarnya mereka nak bawak mereka balik ke kondo mereka sahaja. Hah? Apa kes? Budak comot pandang Fifi mintak penjelasan. Pegang tangan Fifi kuat-kuat. Terus ambil telefon taip message mintak tolong kat Mimi dan Ciko. Dalam hati cakap, " Matilah aku. Matilah aku."

Mimi cakap sabar. Fifi macam relaks je. Budak comot yang terlebih menggelabah. Budak comot bertekak dengan Hitam. Cakap yang kat Malaysia tak boleh perempuan dengan lelaki duduk serumah. Hitam jawab, " Tak pe. Kat kondo mereka, tak siapa peduli." Ececeh~ Tahu plak korang ni. Budak comot menggerutu dalam hati. Budak comot berdalih lagi. Tapi, kami ni Muslim. Tak suka buat macam tu. Budak comot jeling pakaian dia dan Fifi. Tak adalah macam Islam mana pun, tapi bab tido harus di jaga, hokeyh!!! Sambil tu melilau budak comot cari klu mana tempat mereka sekarang ni. Yes! budk comot nampak satu sekolah. Cheras? Terus budak comot taip message bagi kat Mimi.

" Kitorang kat sek XXXX , Cheras.Cepatlah datang. Please. Pretty Please."

Mimi reply. " Samad tak tahu jalan. Ciko cakap kitorang dah jauh. Ko stop. STOP kan dorang dulu."

Pergh~ cakap memang senang. Otak dah berpusing cari jalan nak balas kata-kata Hitam ni. Tengah-tengah fikir, ada road block kat depan. " Apakah???!!!" Dalam hati doa tak nak kena tahan. Jangan lah, Ya Allah. Sebab, Fifi dan budak comot datang KL kali ni tak bagitahu parents. Kang masuk dalam berita esok, dua gadis di tahan bersama African. Siapa yang malu? Mana nak letak muka? Oh!

Tiba-tiba Hitam berhenti di tepi jalan. Terdengar degup hati. Kuat. Encik polis sedang ketuk cermin. Budak comot pandang Fifi. Fifi pandang budak comot.

Apa yang berlaku seterusnya?? Klik sini!

blog comments powered by Disqus