Sahabat BBN

tangisan dosa

Posted by Kapten Luffy | Posted in | Posted on 7:40 PM

Kali ini aku akan kongsikan satu lagi blog menarik untuk anda baca. Blog ini bukan pilihan aku tetapi cadangan daripada Jard yang kerap singgah di sana. Aku hanya pada hari ini, baru pertama kali singgah di blog berkenaan bagi mencari entri yang boleh dikongsikan di sini. Semakin lama aku menggeledah akibatnya aku semakin suka.

Kebanyakan entrinya pendek dan ringkas sahaja. Ceritanya mudah difahami pula. Memang menariklah untuk dibaca secara suka-suka.

Terima kasih kepada Jard kerana mencadangkan blog ini. Aku harap ada lagi yang sudi membantu kami mencari blog-blog menarik untuk dikongsi di sini.

p/s: Sedang aku menggeledah blog itu tadi aku dapati penulisnya (seorang Wanita) adalah bekas pelajar Perakaunan di UUM Sintok. Alahai! Mungkin senior aku. Satu bidang plak tu.

**********

Tangisan Dosa (Bahagian satu)

Ini kisah lama. Sekitar tahun 2000. Pekerjaan pertama aku selepas habis belajar ialah sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej swasta di negeri Perak. Ajar apa? Accounting lah. Dah itu sahaja pun yang aku tahu. Nak mengajar lukis pelan ke hape, aku memang tak boleh buat. Nak lukis gambar anak beruang pun nak kena menyanyi dulu. 'Bulat kecil... bulat kecil... bulatlah besar. Sayang mama, sayang papa..... bla..bla..bla..,'. Barulah ada rupa anak beruang. Kalau tidak menyanyi, anak beruang mungkin akan menyerupai orang utan.

Aku dan 3 orang sahabat lain telah disediakan tempat tinggal oleh pihak kolej. Untuk ke kuliah juga, kami disediakan kenderaan dengan pemandunya sekali.

Suatu hari, aku pulang ke rumah selepas habis cuti semester selama 3 minggu. Seperti selalu-selalu, akulah insan pertama yang akan menjejakkan kaki semula ke rumah. Sahabat yang lain selalunya akan sampai lewat petang atau malam. Esok, jam 9 pagi kelas akan bermula. Aku pulang awal untuk buat sedikit persiapan mengajar. Bohong. Sebenarnya nak mengadap komputer dan bergayut di telefon. Di kampung aku, signal celcom hanya akan ok sekiranya kamu berada di jalan raya sahaja. Dalam rumah, suku bar pun tak mandang. Apa kes nak bergayut sambil baring-baring peluk bantal tepi jalan?. Anak bujang pun tak buat perangai gitu gaya. Ha ha. Dan yang paling aku risaukan ialah penelungkupan serban pak imam jika terlihat aksi anak dara golek-golek tepi jalan.

Petang itu hujan. Teksi yang menghantar aku berhenti betul-betul depan pintu rumah. Setelah menghulurkan sejumlah wang kepada pemandunya, aku berjalan menuju pintu. Aku keluarkan segugus kunci dari dalam beg tangan. Buka grill besi. Buka pintu kayu. Rumah kami ditingkat 2 tetapi pintu di tingkat bawah. Setelah pintu dikunci kembali, aku memanjat tangga sambil menggalas beg ditangan kiri. Sunyi. Dan setelah lebih kurang 10 anak tangga aku daki, tiba-tiba aku terpandang sepasang sandal. Sandal lelaki. Lelaki? Otak jadi tiba-tiba berputar ligat. Memikirkan itu dan ini. Siapakah? Apakah? Bagaimanakah? Dan pelbagai kah kah lagi. Jantung juga dah mula mengada-ngada nak berdegup stail luar biasa. Sesaat dua tiga kali dia nak berdenyut. Klik untuk membaca sambungannya…
blog comments powered by Disqus